Berdagang Indeks DAX

DAX (Deutscher Aktien Index) terdiri dariapda 30 syarikat Jerman terbesar yang didagangkan pada Bursa Saham Frankfurt. Jerman merupakan ekonomi individu terbesar di Eropah, menjadikan DAX indeks Eropah paling berpengaruh untuk ditonton. Antara syarikat yang disenaraikan di DAX 30 ialah BMW, Siemens, Adidas dan Deutsche Bank. 30 syarikat di indeks menghasilkan 75% daripada nilai di Bursa Saham Frankfurt. DAX merupakan indeks paling banyak disebut yang mewakili ekonomi Jerman, dan kerap dibandingkan dengan Purata Industri Dow Jones bagi A.S.

DAX 30: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Syarikat didagangkan pada Bursa Saham Frankfurt mewakili lebih 80 negara berbeza, dan ramai peserta pasaran adalah syarikat berasaskan di luar Jerman, membuatkan indeks lebih responsif kepada pengaruh pasaran global.
  • DAX ialah indeks berat kepada pemodalan, bermaksud bahawa berat saham mengikut nilai pasaran bagi semua syer belum lunas. Syarikat dipilih berdasarkan pada pemodalan pasaran dan isipadu buku pesanan, dan komponen yang dinilai setiap suku tahunan.
  • Kebanyakan syarikat di DAX 30 juga berdagang di A.S. dan oleh itu, menjadi penunjuk yang baik bagi trend dalam pasaran A.S. Oleh sebab ia mendahului pembukaan Amerika Utara, sesi pasaran Eropah boleh kerap menyediakan penunjuk yang baik mengenai arah pasaran A.S.
  • DAX, sama seperti sebarang indeks pasaran lain, bereaksi kepada peristiwa dunia seperti bencana alam, perang, pergolakan politik dan berita ekonomi. Sebahagian daripada menjadi pedagang pintar ialah memerhatikan peristiwa semasa dan meramalkan bagaimana pasaran akan respons. Data ekonomi dari Jerman dan Kesatuan Eropah, termasuk kadar pengangguran, pewujudan kerja, kadar faedah, angka GDP dan penanda aras ekonomi juga perlu diikuti perkembangan.

Sesiapa yang ingin berdagang DAX 30 Index perlu melakukan analisis teliti bagi keadaan pasaran sebelum berdagang.

Berdagang DAX 30