Perdagangan Minyak Mentah

Minyak mentah ialah bahan api fosil yang ditemui dalam bumi dan terbentuk oleh tumbuhan dan haiwan yang menjadi fosil dalam berjuta tahun lamanya. Minyak mentah ditapis ke dalam pelbagai produk petroleum, paling biasa ialah petrol atau gasolin. Minyak mentah dikategorikan sebagai ringan atau berat, dan manis dan masam. Bahan mentah ringan, manis dipilih kerana ia memerlukan penapisan semula yang kurang sebelum ia boleh dijual di pasaran.

Faktor yang Boleh Mempengaruhi Harga Minyak

  • OPEC: Organisasi Negara yang Menghasilkan Minyak boleh memberi kesan kepada harga minyak dengan meningkatkan atau mengurangkan pengeluaran antara negara ahlinya.
  • Memandangkan minyak diletakkan harga dalam dolar AS, apabila dolar susut nilai, secara umumnya, harga minyak meningkat, dan sebaliknya.
  • Pertimbangan bermusim, termasuk cuaca tidak bermusim, juga memberi kesan kepada harga minyak. Kecanggihan teknologi telah menghasilkan teknologi alternatif bagi pembangunan minyak mentah, seperti pasir tar dan syal minyak yang lebih mudah diperolehi. Alternatif ini mempunyai kemungkinan untuk menyediakan bahan api selama beberapa dekad akan datang. Sebarang pembangunan dalam bidang ini mempunyai kemungkinan untuk mempengaruhi harga.
  • Perubahan cuaca global menjadi lebih ketara, kebanyakannya akan mengatakan disebabkan oleh pengeluaran karbon daripada pergantungan kita kepada bahan api fosil. Beberapa tahun ni, banyak penekanan telah dibuat kepada membangunkan sumber tenaga berkekalan seperti sel bahan api, bahan api etanol, gas semula jadi cecair, solar dan banyak lagi, dengan harapan ia dapat mengurangkan pergantungan global kepada minyak.

Minyak merupakan salah satu komoditi yang paling meluas didagangkan dan dalam permintaan. Turun naik harga minyak di seluruh dunia boleh memberikan impak yang besar kepada kesihatan ekonomi negara, sama ada mereka adalah pengeluar minyak atau pun pelanggan minyak. Sebarang kenaikan atau kejatuhan harga minyak boleh memberi kesan kepada ekonomi pengeluaran minyak. Walau bagaimanapun, negara-negara yang mengimport minyak lebih terdedah kepada perubahan harga minyak kerana minyak diletakkan harga dan dijual dalam dolar. Walaupun, cubaan dibuat untuk beralih ke sumber bahan api yang lebih berkekalan, minyak mentah masih lagi dalam permintaan tinggi dan simpanan adalah terhad. Sesiapa yang ingin berdagang minyak mentah perlu menyedari bahawa banyak faktor boleh mempengaruhi harga dan perhatikan perkembangannya dengan teliti sebelum berdagang. UFX komited kepada kejayaan pedagangnya dan menyediakan semua alat untuk membantu anda membuat keputusan termaklum mengenai perdagangan minyak mentah.

Berdagang Minyak