Berdagang Paladium

Paladium ialah logam berharga yang jarang ditemui dan tiga puluh kali lebih jarang ditemui berbanding Emas. Ia barang yang sangat berguna untuk kegunaan dalam industri elektronik, perubatan, barang kemas dan bahan kimia. Logam ini paling kerap digunakan dalam pengubah bermangkin automobil kerana keupayaannya untuk membantu mempercepatkan tindak balas kimia dan untuk membantu menapis gas toksik daripada ekzos kenderaan dan mengubahnya menjadi bahan yang lebih selamat. Paladium juga digunakan untuk mencipta Emas Putih dan memberikan aloi yang popular ini warna yang putih berkilauan.

Faktor yang Boleh Mempengaruhi Harga Paladium

  • Keteguhan Ekonomi: Keteguhan ekonomi dunia utama seperti Amerika Syarikat, Zon Euro dan China boleh mempengaruhi harga Paladium secara dramatik. Jika ekonomi kukuh, harga Paladium kemungkinan akan naik, berbeza dengan logam berharga yang lain. Harga Paladium juga akan turun apabila ekonomi lemah.
  • Permintaan: Permintaan industri boleh amat mempengaruhi terhadap harga logam berharga.
  • Industri Perlombongan: Mogok pekerja dan kesusutan lombong boleh mempengaruhi harga Paladium, kerana ketersediaan komoditi ini naik dan turun.

Perdagangan Paladium berbeza daripada perdagangan logam berharga lain dan mempunyai kelebihan yang berbeza. Ia merupakan salah satu komoditi logam berharga paling popular untuk didagangkan tetapi ia dikenali kerana harga yang sangat stabil. Tidak seperti Emas dan Perak, harga Paladium kekal rendah dan berpatutan, sementara pasaran telah berkembang dan permintaan untuk bahan mentah ini telah meningkat.

Berdagang Paladium