Berdagang Platinum

Platinum ialah satu daripada semua logam berharga yang paling jarang ditemui dan paling mahal. Dirujuk pertama kali pada 1557 oleh ahli kemanusiaan Itali, Julius Caesar Scaliger, dan diumumkan sebagai satu-satunya logam yang sesuai untuk seorang raja oleh Raja Louis XV,Perancis, kepopularan Platinum telah berkembang kerana kekukuhannya dan banyak kegunaan teknikal. Ia telah mengambil masa hampir 400 tahun kecanggihan teknologi untuk mencapai tahap di mana kita boleh memanfaatkan semua kualiti Platinum. Sekarang logam ini digunakan untuk pelbagai komersial dan aplikasi industri. Kualiti Platinum yang paling berguna ialah rintangannya terhadap suhu yang tinggi, menjadikannya satu daripada satu-satunya logam yang berkebolehan terhadap rintangan haba yang dihasilkan oleh automobil dalam pengubah bermangkin. Platinum juga ialah pengalir elektrik yang mengagumkan dan tidak teroksida apabila terdedah kepada udara yang menjadikannya pilihan terbaik untuk barang kemas. Apabila memperdagangkan Niaga Hadapan Platinum, adalah sangat penting untuk mengingati bahawa logam berharga ialah sangat jarang ditemui, ia hampir berterusan mendapat permintaan yang tinggi. Ini mewujudkan pergerakan pasaran yang sibuk dan ketidaktentuan yang tinggi dalam Niaga Hadapan Platinum dan para pedagang yang bijak serta memberi perhatian yang penuh boleh membawa kepada pulangan yang tinggi.

Faktor yang Boleh Mempengaruhi Harga Platinum

  • Dengan separuh bilangan semua Platinum yang dilombong untuk barangan kemas, harga diketahui turun naik dengan banyak berikutan perubahan permintaan dan cita rasa yang pantas.
  • Sejak Platinum digunakan sebagai komponen utama dalam pengubah bermangkin, begitu juga sebagai teknologi sel bahan api, kepopularan kereta elektrik yang meningkat boleh mempengaruhi permintaan dan harga.
  • Kegunaan terkini Platinum dalam fotografi arkib, termometer, elektrod, mangkuk pijar untuk peleburan pada suhu tinggi dan elektonik dan mewujudkan permintaan baru untuk logam berharga.

Sesiapa yang ingin berdagang Platinum perlu berjaga-jaga dengan banyak faktor yang boleh mempengaruhi harga pasaran. UFX memberikan Perunding Perdagangan Peribadi untuk semua pedagangnya dan boleh membantu anda membuat keputusan termaklum tentang Platinum dagangan.

Berdagang Platinum