EUR/USD

Sejarah Pasangan EUR/USD

Berdagang pasangan Forex EUR/USD dipanggil berdagang “euro”.

Kekurangan euro dari segi nama samaran kreatif diimbangi pula dari segi populariti. Buat masa ini, euro merupakan pasangan mata wang Forex yang paling popular dengan purata 28% volum harian.

Euro ialah mata wang yang disatukan bagi 19 negara zon Euro. Idea bagi mata wang Eropah disatukan dibincangkan selama berapa dekad, tetapi, sehingga penghujung kurun ke-20 barulah ia menjadi realiti. Euro diperkenalkan pada tahun 1999, dan telah menjadi mata wang simpanan kedua terbesar di dunia, yang didahului ialah dolar A.S

Berdagang Euro: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Bank Pusat Eropah (ECB) mempunyai pengaruh utama kepada nilai pasangan. Anda perlu berjaga-jaga dengan keputusan kadar faedah dan pengumuman dasar penting lain dari bank untuk mengukur arah mana nilai mata wang akan bergerak. Pengumuman bulanan ECB diikuti dengan sidang akhbar dengan presiden bank untuk menerangkan tentang keputusan bank.
  • Terdapat beberapa petunjuk ekonomi penting lain dalam zon Euro yang boleh meramalkan pergerakan mata wang. Faktor ini termasuk:
  1. Sentimen Ekonomi ZEW Jerman: Sebagai ekonomi individu terbesar dalam zon Euro, data ekonomi Jerman sering kali menggambarkan status seluruh ekonomi EZ.
  2. Pelbagai PMI: Melihat pada perkhidmatan, pembinaan dan pengilangan PMI akan menunjukkan keseluruhan arah ekonomi.
  3. Indeks Harga Pengguna (CPI)    Secara umumnya, CPI digunakan untuk mengukur tahap inflasi. CPI bagi Perancis, Jerman dan zon Euro secara keseluruhan boleh bertindak sebagai petunjuk untuk pengumuman kadar faedah ECB.
  4. Lelong Bon 10 Tahun (Sepanyol dan Itali): Sebagai dua ekonomi zon Euro yang paling mudah terjejas, kadar faedah lelong bon boleh mempengaruhi kadar mata wang.
  • Data ekonomi A.S. juga menjejaskan kadar EUR/USD. Ini adalah laporan yang anda perlu perhatikan: data pekerjaan seperti tuntutan pengangguran, Indeks Harga Pelanggan, pertumbuhan jualan runcit, pengumuman kadar faedah dan bilangan PMI.

UFX memudahkan lagi untuk mula berdagang euro dengan spread tetap rendah, platform dagangan mudah dan sokongan bertaraf dunia.

Berdagang EUR/USD