AbbVie (ABBV)

Sejarah Syarikat

AbbVie telah berdagang sebagai syarikat berasingan di NYSE sejak Januari 2013. Terdahulu, ia merupakan sebahagian daripada Abbott Laboratories, pengeluar farmaseutikal dan penyelidik dari Illinois, Amerika Syarikat. Abbot memutuskan untuk membahagikan operasi mereka antara Abbot, yang akan membuat perkakas dan peralatan, dan AbbVie, yang akan menjadi pengeluar farmaseutikal berasaskan penyelidikan mereka.

Bahagian farmasi, yang menjadi AbbVie, telah menempah kejayaan besar dengan produk Humira, yang akan tamat lesennya. AbbVie segera mula untuk memperoleh pengilang farma dan paten lain, termasuk ImmuVen dan duvelisib, dengan kerjasama Infinity Pharmaceuticals.

Penyelidikan dan pengeluaran AbbVie didasarkan pada imunosupresan dan ubat-ubatan yang mengurangkan kesan sampingan rawatan lain. Dalam bidang itu, ia mempunyai produk berasaskan ganja berlesen di pasaran yang dipanggil Marinol. Produk ini membantu pesakit menangani rawatan kemoterapi dengan menjadikan mereka kurang mual.

Berdagang AbbVie: Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Saham AbbVie dibuka pada $33.00 ASD di NYSE pada 14 Disember 2012, sebelum pelancaran syarikat pada bulan seterusnya. Mereka berprestasi secara normal sehingga separuh kedua 2017, apabila mereka mengalami kenaikan mendadak setelah menarik minat pelabur.
  • Pada masa ini AbbVie melancarkan Humira. Ia berhadapan dengan peperangan undang-undang dengan produk lain yang sama, malah terdapat keraguan bahawa sama ada produk ini adalah benar-benar selamat.
  • Walaupun ada kebimbangan-kebimbangan sedemikian, saham AbbVie meningkat kepada $123.21 ASD pada 26 Januari 2018.
  • Sehingga 28 Disember 2018, sahamnya bernilai $91.12 ASD.
  • Marinol merupakan antara produk farmaseutikal AbbVie. Walaupun syarikat berada dalam kedudukan untuk mengharungi gelombang ganja, ia berkemungkinan tidak akan berhadapan dengan masalah jika undang-undang berkaitan lambat diperkenalkan. Sesetengah pelabur melihat AbbVie sebagai pelaburan yang kukuh kerana syarikat itu tidak terlalu menumpu kepada satu produk, berbanding operasi farmaseutikal yang lain.
  • Di bursa NASDAQ, saham AbbVie telah mengalami kemerosotan kecil pada akhir 2018. Walau bagaimanapun, ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur. Sepanjang tahun, saham dijangka terus meningkat. Dijangka bahawa saham Abbvie akan mencatatkan nilai terendah pada awal tahun 2019.
  • Sebahagian besar kebimbangan terhadap Humira telah dilupakan, dan AbbVie telah menghasilkan Imbruvica dan Mavyret. Produk-produk tersebut tidak berunsurkan ganja, yang bertujuan untuk membantu pesakit kanser dan HIV. Produk-produk ini sahaja bernilai $4 bilion kepada AbbVie pada tahun 2018.
  • Produk yang akan datang oleh AbbVie termasuk Venclexta, Orilissa, risankizumab dan upadacitinib. Kesemua ini telah dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), dan berpotensi menjadi penjana hasil yang sangat baik untuk syarikat itu.
  • Hasil dividen Abbvie untuk 2019 yang dijangka adalah sebanyak 4%.

Sesiapa yang ingin melabur dalam stok AbbVie perlu menganalisis sektor farmaseutikal, terutamanya kerana ia digunakan dalam unjuran ganja.

Perdagangan ABBV