Alibaba (BABA)

Sejarah Syarikat:

Alibaba telah diasaskan oleh Jack Ma dan 17 orang yang lain pada tahun 1999 dan bertujuan untuk memberi khidmat sebagai portal web khidmat lengkap untuk mempromosi dan menyelaraskan operasi niaga-ke-niaga antara pengeksport dan pengimport di China dan seluruh dunia.

Sejak penubuhannya, syarikat yang bertapak di Hangzhou ini telah berkembang menjadi portal e-dagang yang terkemuka di dunia dengan nilai pasaran sebanyak US$231 bilion.

Sebagai portal e-dagang terbesar di dunia, ia menawarkan beratus-ratus juta produk di lebih daripada 40 buah industri tetapi kejayaannya terletak pada keputusan untuk mengembangkan model perniagaannya menjangkau e-dagang.

Syarikat menawarkan platform niaga-ke-pelanggan dan pelanggan-ke-pelanggan sebagai tambahan kepada model B2B asalnya. Perkhidmatan diperluaskan untuk memasukkan pengkomputeran awan, media digital dan pembayaran online. Ia juga mula memberi tumpuan terhadap perkembangan mudah alih.

Alibaba dan syarikat anggota gabungannya bertapak di seluruh dunia dan mempunyai pejabat di China, India, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ia menawarkan laman web pelengkap, perkhidmatan bahasa penuh dan pilihan penghantaran ke lebih 190 buah negara.

Berdagang Alibaba: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Penawaran umum awal (IPO) Alibaba pada 18 September 2014 di NYSE pada masa ini memegang rekod untuk IPO terbesar dalam sejarah. Saham ditawarkan pada harga $66.
  • Permintaan sangat tinggi sehingga pada pagi 19 September, saham Alibaba dibuka pada $92.70. Permintaan pelabur terus meningkat dan syarikat menjual 15% saham lagi berbanding yang ditawarkan pada mulanya, yang mendorong amaun IPO kepada $25 bilion yang mengagumkan.
  • Mengkhusus dalam e-dagang, mendakwa memiliki 80% trafik beli-belah online China.
  • Kebanyakan perniagaan syarikat memenuhi permintaan 618 juta pengguna Internet di China dan lebih ramai pembeli-belah secara antarabangsa. Volum ini menjadikan Alibaba sebagai syarikat e-dagang terbesar di dunia.
  • Model perniagaan progresifnya telah menyaksikan perkembangan syarikat sebanyak tiga kali antara 2013 hingga 2014, dengan peningkatan sebanyak 46% dalam jualan dan pendapatan bersih hampir $2 bilion.
  • Menjana kebanyakan pendapatannya daripada pengiklanan dan komisen belian, dan pada masa yang sama membenarkan pedagangnya menyenaraikan secara percuma.
  • Mempunyai volum barang dagangan kasar lebih kurang $296 bilion — lebih banyak daripada eBay dan Amazon yang digabungkan.
  • Perkhidmatan diperluaskan untuk memasukkan pengkomputeran awan, media digital dan pembayaran online telah menjadikan Alibaba sebagai pesaing gergasi teknologi, Google.

Sesiapa yang ingin berdagang Alibaba perlu menganalisis keadaan pasaran dengan teliti sebelum berdagang.

Berdagang BABA