American Express (AXP)

Sejarah Syarikat Syarikat American Express, atau AmEx, diasaskan pada tahun 1850 sebagai perniagaan mel ekspres. Syarikat bermula sebagai perusahaan saham bersama dari gabungan syarikat ekspres yang dimiliki oleh Henry Wells, William G. Fargo dan John Warren Butterfield. Pada tahun 1882, syarikat membuat cawangan untuk memasuki perniagaan pesanan wang, dan pada tahuhn 1891, mereka melancarkan Cek American Express Traveler. American Express mula mengeluarkan kad caj pada tahun 1958, menambah Kad Emas pada tahun 1966 dan Kad Platinum pada tahun 1984. Pada tahun 1987, kad Optima menjadi kad kredit pertama syarikat, membolehkan baki dibawa ke bulan akan datang. Pada tahun 2008, sewaktu krisis kewangan, American Express mendapat bantuan daripada kerajaan melalui program TARP. Dana dibayar semula pada tahun 2009, berserta pembayaran dividen tambahan. Ibu pejabat syarikat terletak di Manhattan, dan saham syarikat merupakan satu daripada tiga puluh saham yang disenaraikan di Purata Industri Dow Jones.

Memperdagangkan American Express: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Model perniagaan American Express adalah berdasarkan kepada kesetiaan pelanggan. Pelbagai kadnya menawarkan manfaat dan ganjaran yang memastikan pelanggan asasnya gembira. Pelabur Warren Buffett mengatakan bahawa syarikat ialah “sinonim dengan integriti kewangan dan pengganti kewangan di seluruh dunia”. Menurut Buffett, sebarang penurunan dalam harga sememangnya satu peluang untuk membeli.
  • Penjualan peruncitan dan keyakinan pelanggan ialah penunjuk penting bagi prestasi masa hadapan AmEx. Syarikat mengambil keuntungan daripada bayaran yang dikenakan kepada perniagaan yang menerima pembayaran serta bayaran dan faedah kad daripada pemilik kad. Oleh itu, pertumbuhan dalam penjualan peruncitan ialah berita baik kepada American Express.
  • Apabila Amercan Express menawarkan produk dan perkhidmatan baru untuk mengembangkan asas klien setianya, kejayaan produk tersebut ialah penunjuk lain bagi prestasi syarikat. Contohnya, pelancaran kad kredit baru yang berjaya akan berkemungkinan memacu harga yang lebih tinggi.
  • Visa dan MasterCard merupakan pesaing terbesar American Express. Laporan dan berita prestasi mereka penting untuk ditonton, kerana ia akan memberikan pandangan ke dalam industri secara keseluruhan dan apa jua yang menjejaskan saham AmEx.

Ganjaran dan manfaat kad American Express memastikan ia mempunyai asas klien yang setia, tetapi, ia perlu terus meluaskan ke pasaran baru untuk berkembang. Sesiapa yang berminat dalam memperdagangkan American Express perlu melakukan analisis telitinya sendiri bagi syarikat sebelum memutuskan untuk berdagang.

Berdagang AXP