Apple (AAPL)

Sejarah Syarikat:

Apple telah diasaskan pada 1hb April 1976 oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak dan beribu pejabat di Cupertina, CA. 

“Dua Steve” mengasaskan syarikat dengan visi untuk menjadikan versi teknologi komputer canggih mesra pengguna yang tersedia secara meluas untuk kegunaan rumah dan perniagaan. Apple telah menjadi nama seisi rumah dengan pengenalan komputer Apple II dan Apple Disk II.  

Kedua-dua produk ini mencipta sejarah sebagai komputer peribadi pra-terpasang pertama dengan papan kekunci dan grafik berwarna serta peranti storan cakera liut yang paling murah pada ketika itu. 

Bermula dengan permulaan revolusionernya pada lewat 1970an, Apple telah berkembang menjadi gergasi teknologi yang dihormati di peringkat antarabangsa pada hari ini, menguasai industri komputer, muzik dan telekomunikasi di seluruh dunia.

Berdagang Apple: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Apple menjadi awam pada 12hb Disember 1980 dan membawa masuk lebih banyak modal berbanding semua IPO sejak Ford Motor Company pada tahun 1956. Ia didagangkan di NASDAQ buat masa ini.
  • Lebih ramai orang menjadi jutawan oleh Apple IPO (lebih 300) berbanding mana-mana syarikat lain dalam sejarah.
  • Sejak penubuhannya pada tahun 1976, syarikat ini mengalami banyak mengalami jatuh bangun. Bermula lewat 1980 dan sepanjang dekad 90an, Apple melalui tempoh yang sangat sukar, ia hilang banyak pasaran kepada pesaingnya, Microsoft, persaingan dalaman dan inovasi tidak berkembang.
  • Buat masa ini merupakan perusahan didagang secara awam yang terbesar di dunia.
  • Apple merebut semula semua pasaran dan mengatasi Microsoft serta semua pesaingnya pada pertengahan 2000an.
  • Dengan Steve Jobs yang memimpin syarikat sekali lagi, Apple telah mencipta semula perisian komputernya, mula membina sistem berasaskan Intel, memperkenalkan yang pertama dan menjalinkan kerjasama dengan Microsoft.
  • Ia mendapat status gergasi teknologinya apabila ia memperkenalkan iTunes dan iPods, menjadi peneraju dalam industri muzik dan terus meningkatkan bahagian pasaran teknologi tinggi dengan mengeluarkan iPad, perisian iOS dan teknologi telefon pintar iPhone yang terkenal.
  • Merupakan vendor terkemuka pada pertengahan 2014 dalam bahagian pasaran telefon pintar, memegang lebih 41% – namun dengan begitu ramai pesaing yang berjuang demi kekuatan, pedagang Apple patut terus memerhatikan tentang perkara ini.
  • Pada 28hb Jun 2014, ketika Apple mengumumkan perolehan suku tahunan fiskal ketiganya, jualan antarabangsa terdiri daripada 59% pendapatannya, dengan kebanyakan pendapatan datang daripada jualan iPhone dan Mac.
  • Syarikat mengumumkan keuntungan bersih sebanyak $7.7 bilion untuk tempoh yang sama, lebih tinggi daripada tahun sebelum sebanyak $6.9 bilion.

Sesiapa yang ingin berdagang Apple perlu menganalisis keadaan pasaran dengan teliti sebelum berdagang. 

Berdagang AAPL