Boeing (BA)

Sejarah Syarikat

Boeing mereka bentuk, mengilang dan menjual pesawat dan produk pertahanan. Ia diasaskan pada tahun 1916 oleh William Boeing sebagai Pacific Aero Products Co. di Seattle, semasa Boeing mula mereka bentuk dan membina kapal terbangnya sendiri. Setahun kemudian, ketika A.S. menyertai Perang Dunia Pertama, mereka telah membekalkan kapal terbang laut untuk Tentera Laut A.S. Boeing terus merekabentuk dan membina pesawat udara, menjadi pemimpin dalam pengeluaran komersial dan juga ketenteraan, dan kemudian juga terlibat dalam pengeluaran misil dan satelit

Kemunculan buat kali pertamanya jetliner komersial yang paling terkenal, iaitu 747, pada tahun 1970 dan kini telah menghasilkan kira-kira 1,400 buah pesawat 747. Boeing terus menghasilkan 737, 747, 767, 777, dan 787 Dreamliner untuk pasaran komersial, serta banyak produk angkasa, pertahanan dan keselamatan.

Berdagang Boeing: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Laporan pendapatan tahunan dan suku tahunan merupakan antara perkara yang paling penting untuk dilihat semasa menilai prestasi saham dan meramalkan pergerakan harga. Laporan pendapatan Boeing kekal kukuh.
  • Permintaan global untuk pesawat merupakan salah satu faktor utama yang memastikan Boeing akan terus menjadi belian yang baik. Pertumbuhan jangka panjang untuk pesawat komersial, terutama sekali di negara-negara membangun, akan memerlukan beribu kapal terbang baharu dalam dekad akan datang. Boeing, sebagai pengeluar terbesar di dunia bagi pesawat komersial, akan berkemungkinan memenuhi kebanyakan permintaan ini, memastikan pertumbuhan dan keuntungannya untuk tahun-tahun akan datang.
  • Pembangunan dan pengeluaran produk baru berada pada landasan yang betul untuk menampung pertumbuhan pada masa hadapan. Baru-baru ini, syarikat meningkatkan dividen sebanyak 50%, iaitu merupakan satu tanda yang meyakinkan.
  • Kejayaan Boeing bergantung pada prestasi kumpulan pesawatnya dan janji untuk inovasi pada masa hadapan. Masalah teknikal dengan salah sebuah pesawatnya, atau kelewatan dalam pengeluaran produk baharu, akan mengakibatkan kesan buruk kepada harga saham dalam jangka pendek, tetapi, berkemungkinan menghalang pertumbuhan jangka panjang.
  • Kos yang meningkat bagi bahan api memacu persaingan untuk mereka bentuk pesawat yang lebih efisien dan bahan api alternatif. Eksekutif Boeing mengumumkan kerjasama dengan pemaju bahan api bio di seluruh dunia untuk menguji bahan api bio alternatif yang lebih efisien. Peniaga perlu memerhatikan perkembangan dalam sektor ini, dan juga berita lain Boeing.

Sesiapa yang ingin berdagang stok Boeing perlu dengan teliti menganalisis keadaan pasaran dan sejarah syarikat sebelum berdagang.

Berdagang BA