Canopy Growth Corporation (CGC)

Sejarah Syarikat

Canopy Growth Corporation ialah nama baru bagi Tweed Marijuana Inc., yang ditubuhkan pada tahun 2014 di Ontario, Kanada, oleh dua sahabat iaitu Bruce Linton dan Chuck Rifici. Ia menukar namanya pada tahun 2015, sebahagiannya untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelabur di negara-negara yang ganja, atau kanabis, yamg masih mempunyai reputasi yang negatif.

Syarikat ini mula berdagang sebagai CGC di NYSE pada Mei 2018. Linton dan Mark Zekulin merupakan CEO-bersama yang terkini, yang juga merupakan Presiden CGC. Canopy terlibat lebih awal dalam ledakan ganja yang datang kemudian, dengan ramalan tepat bahawa kerajaan Kanada akan menghalalkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan tumbuhan itu sepenuhnya. Ini menjadi undang-undang di Kanada pada 17 Oktober 2018.

Dari asal usulnya sebagai perniagaan di rumah, yang menggunakan bekas kilang bir, Canopy Growth mengecap kemasyhuran dan kekayaan secara mendadak. Permodalan pasarannya telah meningkat kepada $14 bilion ASD menjelang Oktober 2018, dan Linton dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan oleh organisasi perniagaan Kanada yang berprestij.

Berdagang Canopy Growth: Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Nilai hari pembukaan saham CGC agak terlebih anggar. Mereka dibuka pada $30.85, tetapi telah jatuh sedikit kepada $28.20 pada akhir dagangan, rugi 6.22%. Ini bermakna ekuiti hari pembukaan berjumlah $7.48 bilion pada Bursa Saham Toronto (TSX).
  • Pada 3 Januari 2019, harga saham CGC di NYSE ialah $28.92. Ini adalah pengekalan mantap harga saham pada hari pembukaan. Ini mencerminkan fakta bahawa keyakinan masih tinggi terhadap pasaran ganja perubatan masa depan.
  • Kanada menjadi negara G7 atau G20 yang pertama memperkenalkan rang undang-undang sedemikian. Ini sendiri merupakan galakan kepada beberapa pelabur bahawa ekonomi utama yang lain akan mengikutinya. Negara-negara ini akan melihat kejayaan atau kegagalan relatif perundangan di Kanada. Harga saham CGC mungkin mengikuti keyakinan terhadap perkembangan tersebut.
  • CGC mempelopori pembangunan gel lembut, yang menggabungkan ganja ke dalam kunyahan yang boleh dimakan. Ini ditujukan tepat pada pasaran afrodisiak, yang diramalkan sebagai bidang pertumbuhan untuk syarikat pada masa akan datang.
  • Pada bulan November 2018, CGC memaktubkan perjanjian dengan pengeluar bir, wain dan spirit, yang bernilai $5 bilion ASD kepada syarikat itu. CGC berharap dapat menggabungkan ganja ke dalam produk yang boleh diminum, termasuk alat bantu tidur.
  • CGC mempunyai kepentingan perniagaan di Australia, Brazil, Chile, Republik Czech, Denmark, Jerman, Jamaica, Lesotho dan Sepanyol. Perniagaan ini adalah gabungan pengeluar farmaseutikal dan penanam ganja.
  • Sesetengah peramal meramalkan harga saham CGC meningkat kepada lebih $50 sepanjang tahun 2019.

Sesiapa yang ingin berdagang Saham Canopy Growth harus menganalisis keadaan semasa sektor ini dengan teliti sebelum diperdagangkan.

Berdagang CGC