Coca Cola (KO)

Sejarah Syarikat

Syarikat Coca Cola merupakan syarikat minuman terbesar di dunia, beribu pejabat di Atlanta, Georgia. Formula minuman Coca-Cola asal dicipta pada tahun 1886, dan formula dibeli oleh Asa Griggs Candler pada tahun 1889, yang menggabungkan Syarikat Coca-Cola pada tahun 1892. Syarikat menjadi awam pada tahun 1919. Pada hari ini, Coca Cola menjual lebih daripada 500 jenama di 200 negara. Selain daripada minuman yang mana syarikat dinamakan dan kepelbagaiannya, mereka juga menghasilkan Minute Maid Juices, Barq’s sodas, jus dan produk Odwalla dan minuman Fuze 

Syarikat beroperasi melalui francais, di mana Coca Cola menghasilkan sirap dipekatkan dan menjualnya kepada pelbagai syarikat minuman botol francais di seluruh dunia, yang kemudiannya, menghasilkan produk siap dan mengedarkannya. 

Memperdagangkan Coca Cola: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Laporan tahunan Coca Cola dan laporan pendapatan suku tahunannya memberikan pandangan ke dalam trend masa hadapan saham dan masa yang sesuai untuk membeli dan menjual.
  • Beberapa orang juruanalisis merasakan bahawa Coca Cola telah mencapai hadnya bagi pertumbuhan yang penuh bermakna, sekurang-kurangnya secara geografi. Kini, syarikat menumpukan kepada membangunkan produk baru dan pasaran baru.  
  • Coca Cola mengumumkan urus janji pada bulan Februari 2014 dengan Keurig Green Mountain Coffee Roasters, pembuat mesin kopi Keurig. Keurig mempunyai mesin baru untuk minuman sejuk satu hidangan dan produk Coca Cola akan dihasilkan dalam K-Cups satu hidangan secara khusus untuk Keurig Cold baru. Kerjasama tersebut berkemungkinan memacu pertumbuhan dalam pasaran baru selama beberapa tahun.
  • Walaupun, prestasi Coca Cola menurun baru-baru ini, juruanalisis mengatakan bahawa ini adalah peluang untuk membeli, kerana harga berkemungkinan meningkat berdasarkan pada ramalan pertumbuhan. 
  • Pengiktirafan dan kesetiaan jenama Coca Cola, rangkaian pengedaran global dan komitmennya kepada pembangunan produk baru akan memastikan Coca Cola mendahului persaingan pada masa yang akan datang. Ia mungkin menghadapi cabaran daripada persaingan bagi pasaran minuman berkarbornat di rumah, tetapi, banyak syarikat menunjukkan bahawa mereka boleh menyesuaikan diri dan bersedia untuk memenuhi cabaran ini. 

Sesiapa yang ingin berdagang saham Coca Cola perlu dengan teliti menyelidik pembangunan terkini mengenai syarikat dan melakukan analisis sebelum berdagang. 

Berdagang Coca Cola