eBay (EBAY)

Sejarah Syarikat:

eBay telah dimulakan oleh Pierre Omidyar pada 3hb September 1995 sebagai sebahagian daripada laman web peribadinya, AuctionWeb dan pada asalnya bertujuan untuk menyediakan platform bagi perlelongan item yang jarang didapati.

Tetapi beliau tidak menjangka tapak tersebut menjadi begitu terkenal, dia secara rasmi mendaftarkan perniagaan dan mula mengambil pekerja. Menjelang 1996, tapak tersebut menjadi hos kepada 250,000 jualan lelong dan lebih 2 juta pada Januari 1997, pada ketika itu Omidyar secara rasmi menamakan semula perniagaan “eBay”.

Tapak ini popular di seluruh dunia dan kini berfungsi sebagai portal lelong dan beli-belah online. Ia sangat menarik perhatian pembeli disebabkan oleh kebebasan yang ditawarkan dalam struktur pasaran itu sendiri.

Berikutan kejayaan eBay, ia memperoleh tapak e-dagang, PayPal pada tahun 2002. Ia juga memperoleh 65% syarikat telekomunikasi yang sangat popular, Skype pada tahun 2005 dengan harga $2.6 bilion dan kemudian menjual semuanya kecuali 30% daripada kepentingannya dalam syarikat kepada Microsoft dengan harga $2.75 bilion pada tahun 2009.

Syarikat beribu pejabat di San Jose, California tetapi beroperasi lebih 80 pejabat di lima benua dan mempunyai lebih 33,000 orang pekerja.

Berdagang eBay: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • eBay mengeluarkan IPOnya pada 21hb September 1998 pada harga $18 setiap saham.
  • Dalam hari pertama perdagangan, harga saham melonjak kepada $53.50.
  • Pendapatan syarikat datang daripada beberapa yuran yang dikutip melalui perkhidmatan, termasuk penyenaraian produk, tambahan kepada yuran penghantaran, caj VAT dan pelbagai sistem komisen terhadap produk yang dijual melalui platform eBay.
  • Ia gagal memasuki pasaran tertentu disebabkan oleh persaingan tempatan yang kuat seperti Taobo Alibaba di China dan TradeMe di New Zealand.
  • Mempunyai sejarah menerima rating yang rendah berkenaan perkhidmatan pelanggannya.
  • Syarikat mempunyai program lelongan untuk badan amal berprofil tinggi yang membolehkan penjual memberikan peratusan daripada hasil lelongan mereka kepada badan amal pilihan mereka.
  • Pendapatan tahunan syarikat berada pada trajektori menaik yang kukuh dan membawa masuk lebih $16 bilion sehingga tahun 2013.

Sesiapa yang ingin berdagang eBay perlu menganalisis keadaan pasaran dengan teliti sebelum berdagang.

Berdagang EBAY