Spotify (SPOT)

Sejarah Syarikat

Spotify adalah syarikat penstriman muzik yang ditubuhkan pada tahun 2006 di Stockholm, Sweden, oleh Daniel Ek dan Martin Lorentzon. Ek ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat buat masa sekarang. Merupakan antara platform penstriman asal, Spotify membantu merintis perkongsian muzik “freemium”. Model perniagaan ini menggunakan ketersediaan kandungan secara percuma di Internet sebagai titik jualan utamanya. Perkhidmatan asas adalah percuma, manakala versi premium boleh ditambah kemudian.

Walaupun berhadapan dengan permusuhan oleh beberapa artis rakaman, Spotify membuktikan dirinya berdaya tahan dan sangat berjaya. Berbanding pembayaran sekali sahaja untuk produk-produk yang lain, Spotify membayar royalti artis setiap kali muzik mereka distrimkan. Walaupun pembayaran melalui strim mungkin rendah, jumlah strim yang banyak memberikan hasil yang berterusan kepada artis.

Walaupun Spotify jarang mendapat keuntungan, ia terus kukuh dan menjadi cukup kuat untuk dilancarkan di NYSE pada April 2018. Ia telah melancarkan inisiatif untuk bekerjasama dengan artis dan label muzik dalam usaha untuk kelihatan lebih mesra artis. Kejayaan relatif ini memberikan galakan kepada saham pada bulan-bulan musim panas, yang mengalami penurunan.

Berdagang Spotify: Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Spotify mempunyai pembukaan yang kukuh di NYSE pada 3 April 2018, dengan harga sahamnya bermula pada $165.90. Bursa telah menetapkan harga rujukan pada $132, berdasarkan pengiraan ekuiti $29.5bn. Ia segeranya menaikkan nilainya sebanyak 25%.
  • Menjelang 3 Januari 2019, harga saham NYSE Spotify ialah $117.17.
  • Indeks NASDAQ pasaran teknologi membuka harga Spotify pada $149. Pada 2 Januari 2019, harganya ialah $113.74. Saham Spotify di NASDAQ memuncak pada lebih $190 pada bulan Julai / Ogos 2018, tetapi telah mengalami penurunan secara beransur-ansur sejak Oktober.
  • Sehingga Januari 2019, Spotify mempunyai 200 juta pengguna aktif setiap bulan, dan 87 juta pelanggan.
  • Spotify telah membangunkan aplikasi untuk kegunaan di semua peranti pintar, Termasuk Windows, MacOS, Linux OS, Android, iOS dan Windows Phone. Ia juga mempunyai sistem Spotify Connect sendiri, yang membolehkan pengguna mengakses muzik melalui Spotify dan memainkan di pelbagai perkakasan, daripada speaker kereta hingga ke jam tangan pintar.
  • Sehingga November 2018, Spotify dikaitkan dengan Google Home untuk menyediakan perkhidmatan melalui teknologi pengecaman suara Google. Diharapkan ini akan memberi galakan kepada profil syarikat penstriman.
  • Cadangan untuk kejayaan masa depan untuk Spotify termasuklah mewujudkan label rekod dan perkakasan sendiri. Ia menghadapi persaingan sengit daripada Apple dan Amazon dari segi muzik yang ia boleh akses untuk mainkan pada peranti tertentu. Perkongsian dengan Google Home adalah langkah positif, tetapi harga saham belum menunjukkan sebarang faedah.

Sesiapa yang mahu berdagang saham Spotify harus menganalisis sejarah saham dan keadaan pasaran sebelum berdagang.

Berdagang SPOT