Tesla (TSLA)

Sejarah Syarikat:

Tesla Motors telah diasaskan pada tahun 2003 oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning sebagai pembangun dan pengeluar kereta sport elektrik canggih. Pengasas bersama PayPal, Elon Musk menyertai sebagai pengerusi syarikat dan melabur sebanyak $30 juta dalam syarikat sebelum menjadi CEO pada tahun 2008.

Syarikat kini menawarkan tiga kenderaan 100% elektrik tanpa emisi yang dikuasakan dengan bateri lithium-ion terkini dan dijual pada harga $100,000. 

Setiap automobil boleh dicas di salah satu “Tesla Supercharger Stations (Stesen Pengecas Lampau Tesla)” yang telah dibina di seluruh AS, Eropah dan Asia, boleh bergerak antara 235 dan 300 batu sebelum perlu dicas semula dan boleh mencapai kelajuan sehingga 130bsj. 

Pada tahun 2014, Tesla mengumumkan pembangunan model kurang mahal dalam julat harga $30,000, bersama-sama rancangan untuk kereta pandu sendiri.

Berdagang Tesla: Apa yang Anda Perlu Tahu

  • Tesla Motors menjadi awam pada 28hb Jun 2010 di NASDAQ. IPO menawarkan 13,300,000 saham pada harga $17 setiap saham.
  • Buat masa ini saham Tesla bernilai lebih $250.
  • Syarikat diunjurkan untuk terus meningkatkan nilai sekurang-kurangnya 100% lagi pada tahun depan.
  • Mengkhusus dalam teknologi PowerTrain elektrik.
  • Hanya 30,000 unit telah terjual setakat 2014 tetapi ada rancangan untuk meningkat kepada 100,000 unit menjelang penghujung 2015.
  • Tesla giat berusaha untuk menghasilkan bateri lithium-ion yang sangat cekap dengan harapan akan merevolusikan bukan sahaja industri kenderaan bermotor tetapi industri komputer, telefon pintar dan juga peranti mudah alih.
  • Kejayaan masa depan syarikat sangat bergantung pada penerimaannya di China dan kesanggupan negara untuk menyepadukan Stesen Pengecas Lampua ke dalam infrastrukturnya. Ini kemugkinan besar akan terjadi dan syarikat telah membina beberapa buah stesen di seluruh negara.

Sesiapa yang ingin berdagang Tesla perlu menganalisis keadaan pasaran dengan teliti sebelum berdagang. 

Berdagang Tesla