Syarat Perdagangan

Gulung Lampau

UFX tidak mengecaj komisyen gulung. Apa yang kami caj adalah yuran gulung lampau (juga dikenali sebagai swap semalaman). Yuran gulung lampau dikira apabila pedagang meninggalkan kedudukan terbuka selepas 00:00 GMT.

Maklumat Latar Belakang

Istilah “gulung lampau” merujuk kepada kadar faedah yang pedagang akan bayar atau terima, dalam kedudukan terbuka yang digulung lampau dari hari pertama hingga seterusnya. Setiap pasangan mata wang mempunyai kadar faedahnya sendiri. Di penghujung setiap hari perdagangan, pada 00:00 GMT, pedagang akan membayar atau menerima kadar faedah pada pasangan mata wang yang mereka pegang.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Dalam pasaran perdagangan, faedah dikira setiap hari. Di penghujung setiap hari perdagangan, pada 00:00 GMT, pedagan boleh melihat daripada penyata akaun mereka sama ada mereka dikenakan atau menerima yuran gulung lampau. Pada hari kerja biasa, kadar gulung lampau dikenakan untuk hari perdagangan lalu. Oleh kerana minggu perdagangan mempunyai lima hari, pada hari Rabu, faedah gulung lampau untuk hujung minggu berikutnya dikenakan untuk tiga hari.

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai faedah gulung lampau:

Kadar faedah mata wang utama adalah lebih rendah daripada kadar faedah mata wang sekunder.

Sebagai Contoh: EUR/AUD. EUR – Kadar faedah 1.25%; AUD – kadar faedah 4.50%;

Euro ialah mata wang utama pasangan dan kadar faedahnya lebih rendah berbanding mata wang sekunder, iaitu Dolar Australia (AUD).

Beli/Panjang: Apabila Pedagang membeli Euro, dia akan dikenakan yuran gulung lampau.

Jual/Pendek: Apabila pedagang menjual Euro, dia akan menerima yuran gulung lampau.

NOTA: Volum dagangan mempengaruhi jumlah yuran gulung lampau; semakin besar volum didagangkan, semakin besar yuran gulung lampau.

Yuran gulung lampau dikenakan seperti berikut:

  • Dari malam Ahad hingga Isnin: yuran gulung lampau biasa
  • Dari malam Isnin hingga Selasa: yuran gulung lampau biasa
  • Dari malam Selasa hingga Rabu: yuran gulung lampau biasa
  • Dari malam Rabu hingga Khamis: yuran gulung lampau dikenakan sebanyak tiga kali (untuk Rabu, Jumaat dan Sabtu)
  • Dari malam Khamis hingga Jumaat: yuran gulung lampau biasa

Gelinciran

Dalam perdagangan mata wang, istilah gelinciran merujuk pada perbezaan antara harga dagangan yang dijangka dengan harga di mana dagangan sebenarnya dilaksanakan.

Jika harga pelaksanaan lebih baik berbanding harga yang diminta oleh Klien, ia dirujuk sebagai ‘gelinciran positif.’ Sebaliknya, jika harga pelaksanaan lebih teruk berbanding harga yang diminta oleh Klien, ini dirujuk sebagai ‘gelinciran negatif’.

Harap maklum bahawa ‘gelinciran’ ialah amalan pasaran normal dan ciri biasa bagi pasaran pertukaran asing di bawah keadaan* seperti ketidakcairan dan ketaktentuan disebabkan oleh pengumuman baharu, peristiwa ekonomi dan pembukaan pasaran, oleh itu perdagangan mengikut berita tidak boleh dijamin.

Diingatkan bahawa harga dagangan dilaksanakan mungkin berbeza dengan ketara berbanding harga asal yang diminta semasa keadaan pasaran tidak normal. Ini mungkin berlaku, sebagai contoh, dalam kes-kes berikut:

a)    Semasa waktu pembukaan pasaran,

b)    Semasa waktu berita,

c)    Semasa tempoh tidak menentu yang mana harga mungkin naik atau turun dengan ketara dan jauh berbanding harga yang diisytiharkan,

d)    Apabila terdapat pergerakan harga yang cepat, jika harga naik atau turun dalam satu sesi perdagangan sehingga di bawah peraturan pertukaran yang berkaitan, perdagangan digantung atau dihadkan,

e)    Jika kecairan tidak mencukupi untuk pelaksanaan volum tertentu pada harga yang diisytiharkan

*Harap maklum bahawa ini bukan senarai menyeluruh.

Ketahui lebih lanjut mengenai Spread dan Waktu Perdagangan aset di sini.